*****
Selepas terbaca sesuatu dari page seseorang ketika di malam hari
Tiba2 aku tringat zaman sekolah.
Macam best ja kalau tgk balik apa jadi time skolah dulu.
Byk hari2 mcm ni jadi time from 3 ngan form 5 sbb time tu ada kelas tambahan.
6.30 - Bangun pagi , macam besa "5 minit mak!" mak pun bagi la 5 minit yg kadang2 sampai 20 minit.
Dah bangkit tu berebut toilet ngan abg. Time abg masuk U berebut ngan mak abah lak.
7.00- keluaq rumah. amek kasut check dulu dlm tu. selalu masuk kaki ada katak. time check
mesti x dak. time masuk kaki teruih tu laaa nak ada katak pun. leh terbayang lagi rasa lembik katak tu.
penah la skali terbunuh katak dlm tuh sbb terpenyek. esh2.
7.15 gitu la - sampai skolah , selalu time sampai x dak orang pun. tercangok la sorang2 dalam kelas
tunggu sorang2 masuk. time tu jugak la kalau ada homework x siap nak buat.
7.40 - semua berdiri depan kelas nyanyi lagu Negaraku. kelas aku mengadap bilik pengetua. tiap2 hari gak la
form 4 ngan form 5 ngadap pengetua pagi2.
7.40-10.40 belajaq. waktu form 4 ngan form 5 dua org ja laki dlm kelas. kami ja dok mrapu sesama
sendri. aku ingat lagi game kami dok main time cikgu ngajaq. lawan tampaq muka.
lepas aku tampaq muka dia , dia balas, pastu aku balik. cikgu marah sat, tampaq balik.
Rehat - p kantin. aku tukang beli ayaq. kawan aku ni aqharie p beli nasi ayam. dia badan besaq
senang tolak org lain time nak beli. tu la rutin 2 taun aku time rehat.
11-2.40- Sambung blajaq dlm kls. skali skala cikgu msj x mai kelas sbb ada benda mcm2.
time ni la kelas aku haru biru. suma duduk dlm puak masing2. sembang,bising, baca magazine, makeup
pebetoi tudung,tgk cermin,kilat kuku,gossip,nyanyi dan sebagainya.
2.40-3.30 - Abih skolah, sementara nak tunggu kelas ptg. p library smbhyang. pastu ramai2 ngan budak
kelas lain p medan. medan best. makan murah. nasi goreng bundle RM1. ayaq tea o ais 5 kupang.
duit lebih simpan beli komik dan game. tu ja keja aku dulu. merapu punya merapu dah mula kls ptg kul
3.30. ( btw sekolah aku tgh bandaq kangaq, keluaq skolah depan library perlih, tepi tu the store, tepi
tu medan selera ) semua ada la senang cita.
3.30-5.00 - ni la time ngantuk x tau nak habaq. x tau la slalu x masuk pun pa yg cikgu ajaq.
x byk sgt ingat apa aku buat time kls ptg nih. maybe aku asyik ngantuk ja kot. seingat aku mmg aku
x bagi tumpuan pon la.
5.00 - ramai2 pakat keluaq kelas. semua lepak depan library tadi tunggu mak pak mai amek.
yg mai nek moto slalu tunggu sampai org last yg balik ngan mak pak balik rumah baru la depa balik.
lori lengkong dan rojak pak cik dpn library mmg tempat lepak. minum, prabih duit time dok tunggu2.
dekat kul 6 slalu baru la mak or abah aku sampai amek aku.
6-tido - selalu balik rumah x buat homework pun. tgk tv. tgk tv. tgk tv. tak tau la mcm mana
aku blajaq dulu. x ingat. yg aku tau. minggu dpn nak exam baru la kalut nak baca buku.
bila dah rasa ngantuk p tidoq. slalu time skolah kul 12 la paling lewat. ada ja kadang2 sampai kul 1 , 2
tgk tv sbb parent aku slalu tidoq awai.
tu la daily rutin aku time from 5 mostly. (cerita berbeza bergantung kepada hari dan event hari tersebut )
rindu la pulak time skolah. best. blajaq pun x tension.
seronok kawan2 kelas. merapu. cikgu2 best. mcm2 la.
taktau la tiba2 nak mrapu pasai ni. spring break dah abih. esok p kls balik.
kalau la leh p skolah balik kan best.
I will always cherish the memory happen in my life. : )
*****